Kad Hari Ibu Dari Firas

 


Nak throwback story mother's day haritu. Selalu tiap tahun dapat hadiah dari suami, selalunya mintak 'gantung kuali' jela hehehe. 

Tahun ni terharu terlebih sikit sebab dapat hadiah dari hero kecik ibu ni. Yela tahun ni kan first time Firas bersekolah, jadi di sekolahnya cikgu ajar buat kad ucapan sempena hari ibu. 

Macam biasa sejak sekolah ni jugak kalau ada apa-apa ke hasil kerja kat sekolah yang cikgu beri bawa balik ke rumah memang dia excited nak tunjuk kat ibu. Kali ni memang dalam kereta juga dia bukak beg bagi kat ibu. Alhamdulillah. Nampak benda kecil kan tapi bagi aku memang touching la beb. Semoga anak ibu jadi anak yang soleh, bijak dan membanggakan ibu ayah. In sya Allah. Aaminn aaminn..

Oh ye happy belated mother's day buat ibu-ibu hebat pembaca tersayang juga ye. Walaupun dah lepas, nak ucap juga. 

Ok lah sampai sini kisah terharu aku ni ea kuikuikui..

Kita jumpa lagi di next entri,,jangan jemu ya jadi pembaca seketul blog Faizzah Amir ni. 



No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.