Tips Kulit Anjal dan Lembap dengan SNP Bird's Nest Aqua Ampoule Mask

 

Hai korang, untuk entri kali ini aku masih lagi nak cerita pasal sheet mask. Macam best pulak bila dapat berkongsi cerita benda yang kita suka ni kan. Sama-sama berkongsi manfaat. 

Kalau korang pernah baca artikel aku yang lepas-lepas kat blog ni, memang nampak aku banyak juga cerita pasal mask kan. Bukan mask untuk muka je, kaki, tangan, eyebag semua ada hehehe..rasa macam seronok kumpul mask ni. Salah satu healing bagi aku. 

Ok masih lagi juga nak cerita pasal salah satu jenama mask kegemaran aku, SNP. Kali ini nak cerita pasal SNP Bird's Nest Aqua Ampoule Mask. Semestinya sebut je pasal Bird's Nest, ramai yang tahu kebaikannya dalam penjagaan dan kecantikan kulit. 

Apa yang bestnya pasal SNP Bird's Nest Aqua Ampoule Mask ni ianya mengandungi kebaikan 1000mg gold nest extract. 

Antara kebaikannya ialah ⤵️

🏵️ Menganjalkan kulit

🏵️ Melembutkan kulit

🏵️ Melembapkan kulit

🏵️ Improve skin barrier

🏵️ Melindungi kulit sensitif

🏵️ Merangsang pertumbuhan semula sel kulit

🏵️ Menyegarkan kulit yang letih

🏵️ Anti penuaan


Banyak ke banyak kan benefit dia? Pokoknya kena rajin dan konsisten ye anak-anak..buat apa pun kalau tak istiqamah mana nak nampak hasilnya. 

Aku sendiri terasa perubahan bila konsisten tepek muka dengan SNP Bird's Nest Aqua Ampoule Mask ni. Kulit dah tak kering sangat macam dulu. So aku nak terus amalkan pakai sheet mask ni hehehe. 

Ok korang kalau berminat nak cuba boleh dapatkan di SaSa atau Guardian. Satu box ni ada 10 sheet mask..sangat-sangat berbaloi. 

Ok sampai sini je dulu berceloteh. Jumpa lagi di next celoteh. Ceria-ceria di hujung minggu. Esok isnin jangan buat perangai monday blues korang lak kat tempat cari rezeki. Tak baik tau hehehe..







No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.