Throwback Ke Majlis Perkahwinan Anak Rakan Blogger Sis Lin



 Hai semua. Sehari atau beberapa jam lagi kita ke akan melangkah ke tahun baru 2022. 

Haa ada tercicir lagi satu entri nak buat untuk 2021 ni. Lebih kepada nak masukkan gambar-gambar kenangan je masa hadir ke majlis perkahwinan anak rakan JDT Blogger iaitu Sis Lin pada bulan November lepas. Teruk kau ni Faizzah semuanya dah sebulan baru nak buat entri aduhai..



Apapun alhamdulillah syukur majlis perkahwinan anaknya Yana & Khidir dah selesai dan berlangsung dengan begitu meriah sekali. Walaupun aku tak berkesempatan tunggu hingga pengantin sampai. Datang awal pun dah rasa juga suasana kemeriahannya. Maklumlah sejak PKP dulu lama tak merasa pergi kenduri kahwin kan.

So memang puas hati sangat la dapat rasa nasi kenduri. Sedap sangat masakannya berselera kami anak beranak. Rasa nak tambah lagi segan pulak hehehe..

Dan ini juga pengalaman pertama kali aku menghadiri majlis perkahwinan di Bizmilla Ariz Hall. Suka dengan dekorasi dari pelamin hingga ke susunan meja yang bagi aku sangat mewah dan ekslusif. 


Doorgift aku lupa pulak nak ambil gambar. Suka sangat anak dapat cotton candy dalam kereta dah selamat hehehe. Untuk doorgift dewasa dapat telur pindang sedap sangat favourite aku tu. Orang jati johor la katakan. Dapat lagi candle wangi tau best sangat. Alhamdulillah. 



Oklah stop sini dulu..tahniah buat pasangan pengantin semoga berbahagia selalu hingga ke jannahNya..

Terima kasih sekali lagi Sis Lin dan keluarga kerana menjemput kami. Alhamdulillah ❤️ 






2 comments:

  1. Seronoknya pi kenduri rakan blogger...mesti dapat jumpa ramai blogger Johor kan...next bulan 1 dah ada wedding invitation dah utk akak attend..15 jan...anak sepupu sebelah Pak Zain kahwin...yeay nak cari baju baru.....

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.