Product Review ~ innisfree Special Care Mask (Hand)

 


Hai korang..jumpa lagi di entri terbaru Faizzah Amir. Harap korang masih tak jemu baca artikel aku..hehehe..

Oh ye sebelum ke tajuk entri, kebetulan hari ini 11 Oktober 2021 dah boleh rentas negeri kan..mesti ini yang dinanti-nantikan rakyat Malaysia terutamanya yang dah lama tak pulang ke kampung halaman. Apa pun, kita masih kena jaga SOP yang ditetapkan. Kalau boleh buat dulu self test kit yang guna air liur tu. Walaupun tak diwajibkan, tapi seeloknya kita mengambil langkah yang perlu kan..untuk kebaikan bersama. In sya Allah..kita boleh menang!

Oklah kembali ke tajuk asal entri ni, entri sebelum ni aku pernah cerita pasal foot mask kan, yang belum baca pasal review foot mask boleh baca SINI , ok kali ni aku nak cerita pasal hand mask pulak..

Hand mask pilihan aku nak story dari jenama innisfree..rasanya ramai dah tahu mengenai brand kecantikan dari Korea ni kan.

innisfree Special Care Mask (Hand) namanya..dulu aku beli kat Hermo. Aku share la serba sedikit lepas perubahan lepas guna Hand Mask ni.

Aku ni jenis tangan memang cepat kering, bila kering tu mula la rasa tak selesa dan gatal-gatal sometimes, dan hand mask ni bagi kelembapan pada tangan agak lama. Hari yang aku guna hand mask ni memang aku rasa lembap dan lembut je..suka pulak dok belai tangan sendiri kan..hahaha..

Bau dia pun suka sangat soft je sesuai dengan kulit tangan..memang korang pun akan in love bau tangan sendiri hehehe...lagipun hand mask ni memang mengandungi 7 ekstrak herba semulajadi, memberikan nutrien dan kelembapan pada kulit.

Okla korang kena cuba sendiri kalau nak tahu betapa bestnya hand mask ni, klik je link kat bawah ni ⤵️

Hermo : https://www.hermo.my/mall/16135-innisfree-special-care-hand-mask-20ml/

innisfree Malaysia Online Mall :
https://www.innisfreemall.com.my/products/special-care-mask-hand-20ml

Shopee :
https://shopee.com.my/product/91463961/1517307689?smtt=0.62871414-Hi

Lazada :
https://s.lazada.com.my/s.WpyZw



1 comment:

  1. tak pernah pula cuba yang hand mask ni, macam best pula pakai bila hasilnya tangan terasa lembut :)

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.