Bintang-Bintang Muda Taekwondo Berentap Rebut Emas & Takhta Di Kejohanan Taekwondo Remaja Nestlé KOKO KRUNCH® Ke-14

                                                                                                                                                               

KUALA LUMPUR, 12 Julai 2019 – Kejohanan Taekwondo Remaja Nestlé KOKO KRUNCH® Ke-14, memperlihatkan bakat-bakat baru Taekwondo bertarung untuk merebut kejuaraan dalam Pusingan Akhir yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Dilancarkan pada tahun 2006 dengan sokongan Taekwondo Malaysia (WTF), Kejohanan Taekwondo Remaja Nestlé KOKO KRUNCH® menyediakan platform untuk membangunkan bakat muda di peringkat akar umbi dengan memberi mereka peluang menimba pengalaman pertama bertarung dalam pertandingan Taekwondo. Kejohanan ini selari dengan komitmen Nestlé untuk menggalakkan gaya hidup yang lebih aktif di kalangan rakyat Malaysia.

Untuk tiga tahun berturut-turut, Kelab Koryo Taekwondo sekali lagi muncul juara tahun ini dan membawa pulang Piala Pusingan Tunku Imran. Mereka memenangi trofi dengan 7 emas, 9 perak dan 25 gangsa manakala Smart Sathia mendapat tempat kedua dengan 6 emas, 1 perak dan 3 gangsa. Amsyar Hadi Ahmad Yazid dari Smart Sathia berjaya memenangi anugerah persembahan terbaik kanak-kanak lelaki untuk kategori umur 10-12 manakala Vanessa Laveenia Axton dari kumpulan Koryo dinamakan pemenang kanak-kanak perempuan persembahan terbaik. Pemenang anugerah persembahan terbaik untuk kategori umur 7-9 dimenangi oleh Eshan Jay Rubendran (kanak-kanak lelaki) dari Jagoh Taekwondo dan Nur Adreanna Maryssa (kanak-kanak perempuan) dari kumpulan SARA.


Tuan Suhardi Alias, Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negara, yang merasmikan majlis penutup dan penyampaian pingat berkata, “Kejuaraan Taekwondo Remaja Nestlé KOKO KRUNCH® ini merupakan platform yang sangat efektif. Pendedahan awal adalah penting untuk perkembangan atlet muda. Kejuaraan ini menyediakan eksponen Taekwondo peluang, dan ia sememangnya sejajar dengan matlamat Kerajaan Malaysia untuk membuka pintu bagi atlet kebangsaan untuk mencapai kecemerlangan di peringkat antarabangsa.”

“Selain itu, sukan dapat membantu menyatukan keluarga dan negara. Kita dapat melihat bagaimana kejayaan atlet negara kita di peringkat antarabangsa disambut meriah oleh rakyat Malaysia. Dengan sokongan padu dan program yang tersusun di peringkat akar umbi, saya yakin bahawa negara Malaysia akan dapat meneruskan usaha untuk melahirkan atlet yang berbakat besar dan mampu mengharumkan nama negara.” tambah Tuan Suhardi Alias.

Menurut Encik Laurent Therond, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Cereal Partners ASEAN, “Sukan memainkan peranan penting dalam pembangunan dan pembentukan bakat muda. Tidak dinafikan bahawa sukan memupuk nilai-nilai positif seperti disiplin, kecekalan, keberanian dan sikap saling hormat-menghormati. Nestlé Malaysia memberikan sokongan padu terhadap pembangunan positif negara dan kami akan meneruskan usaha untuk menjadikan rakyat lebih sihat dari peringkat awal.”

“Komitmen kami untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang ke arah masa depan yang lebih sihat tidak hanya terhad kepada arena sukan. Nestlé telah menghasilkan makanan berkhasiat kepada rakyat Malaysia sejak lebih seratus tahun, dan kami berharap untuk terus menghasilkan produk yang lebih sihat dan berkhasiat untuk semua.” ujar Encik Laurent.

Seramai 354 pemenang pingat yang mewakili 19 kelab bertanding untuk merebut Piala Pusingan Tunku Imran Kejohanan Taekwondo Remaja Nestlé KOKO KRUNCH®. Daripada jumlah 354 peserta ini, 115 mewakili kawasan Tengah, 86 dari kawasan Selatan, 96 dari kawasan Utara, 54 dari kawasan Pantai Timur, dan tiga dari Singapura. Pusingan Akhir ini menyaksikan penyertaan daripada 175 peserta perempuan dan 176 peserta lelaki, dengan 169 peserta berumur 7-9 tahun dan 185 peserta berumur 10-12 tahun. Secara keseluruhannya, kejohanan tahun ini yang sudah dijadikan acara tahunan kalendar WTF, berjaya menarik seramai 1,783 peserta dari seluruh Malaysia dan Singapura.

Dengan penuh kesedaran bahawa pembangunan atlet bertaraf dunia perlu dimulakan sejak kecil, Nestlé KOKO KRUNCH® benar-benar komited untuk menyokong acara-acara seperti Kejohanan Taekwondo Remaja Nestlé KOKO KRUNCH® untuk membantu mencungkil bakat atlet, serta memastikan mereka menerima sokongan yang diperlukan untuk menjadi juara dunia.


Aspiring Taekwondo exponents battle for gold at the Grand Finals of the 14th Nestlé KOKO KRUNCH® Junior Taekwondo Championship 2019.


Aspiring Taekwondo exponents battle for gold at the Grand Finals of the 14th Nestlé KOKO KRUNCH® Junior Taekwondo Championship 2019.


Tuan Suhardi Alias, Deputy Director of National Sports Council [front]greeting Taekwondo exponents, followed by Mr Laurent Therond, Business Executive Officer, Cereal Partners ASEAN [behind] during the closing ceremony and medal presentation of the 14th Nestlé KOKO KRUNCH® Junior Taekwondo Championship 2019. 


Triumphant: The young exponents from Koryo Taekwondo Club celebrate their victory for the third consecutive year.





Mengenai Nestlé Malaysia
Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan peranan untuk membina masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami.  Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia



5 comments:

  1. Teringat anak bujang Sis yang dah tali pinggang hitam 2 dan dah..last stop dah bila masuk sekolah menengah...

    ReplyDelete
  2. wahhh bagus usaha nestle ni...

    ReplyDelete
  3. gmbo kawe ado gak❤️❤️❤️☺️☺️🤣

    ReplyDelete
  4. One official is available to authorize the standards. Anytime during the battle, the arbitrator has the privilege to mediate and stop the battle. muay thai gears

    ReplyDelete
  5. The scholastic with an earned advanced education and a moderate degree of PC ability can start fabricating a web based instructing plan by entering the necessary data about scholarly accomplishment and study hall involvement with the staff application areas of junior colleges, four-year state colleges, state colleges and revenue driven schools. taekwondo in raytown mo

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.