Berjaya Capai Target 10,000 Langkah

 


Kisahnya petang tadi ada masa terluang so layan la briskwalk kejap. Kalau tunggu weekend memang tak dan ler,, Dah lama target nak capai 10,000 langkah tu tapi setiap kali paling jauh pun 8,000 je boleh pergi. Tapi hari ni,,, entah la, energy dengan mood tu datang serentak beb...

Pagi tadi pun bermula dengan mood yang a bit off. My brain was slow, kena layan drama someone ni yang suka sangat point out salah orang. Funny thing is, bila orang favourite dia buat salah, terus masuk mode “selective blindness” macam nothing happened. Aku? Stay tenang jela. Selagi tak kacau duit kat akaun kita ignore kan jela ye hehehe,,, Kadang-kadang, keeping quiet bukan tanda kalah… it's just choosing peace over drama.

Macam biasa sambil briskwalk sambil layan playlist. Syok layan lagu Opalite dari album baru favorite singer aku ni, Taylor Swift. Serius, dari first time aku dengar lagu tu bagi vibe throwback zaman lagu Taylor Swift seperti You Belong With Me, Sparks Fly, I Knew You Were Trouble, Blank Space haaa gitu la ikut telinga aku. Nostalgia tapi fresh. 

Briskwalk sambil separuh layan lagu, separuh lagi menikmati pemandangan tasik dekat taman perumahan aku. Cuaca not bad walaupun baru lepas hujan tadi, mood pun smooth. Tau-tau je, doneee 10,091 steps.

Yayyyy! Finally! Rasa macam nak claim hadiah dari diri sendiri. Boleh tak? Huhuhu jangan buat hal ye baru je shopping sempena black friday beberapa hari lepas aiyooo sabar sabar tunggu poket bernafas dulu hahaha,,,,,

Apa pun, aku harap aku istiqamah la buat briskwalk ni. Tak kisah la berapa step pun. Bukan sebab nak jaga berat badan yang semakin comel ni je, tapi untuk mental & physical health jugak. Walaupun dalam kepala ni, tengah briskwalk pun sempat fikir, “Lepas ni nak makan apa eh?” Huwaaaa… the struggle is real.

But it’s okay. One step at a time. Literally. Jadilah dari tak buat langsung kan. 



No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.