My playlist #9
Kadang-kadang, ada lagu yang kita dah dengar beratus kali sejak zaman discman sampai ke Spotify, tapi bila dengar balik... rasa dia tetap deep. Shape of My Heart oleh Backstreet Boys yang memang antara paling atas dalam list kegemaran aku,,,
Lagu ni keluar masa era boyband tengah meguasai dunia, berbeza sikit dengan lagu-lagu BSB yang lain, Shape of My Heart lebih tenang, ala ala jujur gitu,,,
First time dengar dulu rasa lagu ni simple. Tapi terngiang-ngiang kat telinga sampai mintak kat makcik belanja kaset BSB time tu. Nak mintak kat parents tak berani ler hehehe,,,
Gabungan vokal Nick, Brian, AJ, Howie, dan Kevin waktu chorus memang padu.
Baru-baru ni aku nampak ada yang share klip lagu ni dinyanyikan semula semasa konsert mereka di The Sphere, Las Vegas. Tang visual dia yang 360-degree tu memang wow beb. Part lagu Shape Of My Heart ni yang tunjuk hutan penuh warna-warni macam penonton ditarik ke alam lain. Macam mimpi wehh.
Ok korang nak sambung balik sembang pasal lagu ni,,, Nak ulas sikit part lirik
"Looking back on the things I've done
I was trying to be someone
I played my part, kept you in the dark
Now let me show you the shape of my heart"
Part “I was trying to be someone” ada waktunya kita ada fasa nak jadi ‘somebody’ nak impress orang, nak nampak okay walaupun dalam hati sebenarnya serabut. Tapi bila kita terlalu fokus dengan character yang kita "lakonkan", kadang-kadang kita jadi orang lain, bukan diri sendiri. Huhuhu,,,,,
“I played my part, kept you in the dark”, terus rasa macam... hmm, kita pernah tak, buat-buat okay depan orang, tapi sebenarnya kita tengah lost? Nak jaga hati orang, tapi dalam masa yang sama kita menipu diri dan dia.
“Now let me show you the shape of my heart” itu turning point dia. Dah penat pura-pura, akhirnya rasa dah ready nak reveal diri yang sebenar. Real, vulnerable, and honest,,,
It’s like finally saying, “This is me. This is the real version. No more pretending.”
Post a Comment