Secebis kisah hujung minggu...

 

Bila weekend je mesti ramai di antara kita sibuk dengan aktiviti masing-masing kan, yang bekerja time ni laa nak release tension buat aktiviti yang disukai, yang tak bekerja pun time ni juga kadang ambil peluang untuk me time setelah berhari-hari menguruskan rumah.


Tak terkecuali aku, waktu begini laa walaupun sekejap cuma tapi diambil peluang sebaiknya. Layan blog ni haa sambil-sambil, belek pokok di halaman, masak sesuatu yang rare sikit hehehe...selain dari itu semua aktiviti bersama keluarga.


Lepas tu santai-santai kejap sambung baca buku pulak..minat yang satu ni memang tak boleh tinggal dari zaman kanak-kanak ribena lagi. Tak kisahla walaupun repeat baca buku yang dah ada. 

Baru perasan kat apps Spotify aku ada SpotifyWrapped. Syok pulak tengok top artist dan lagu yang kerap kita layan sepanjang 2023 ni kan. 


Sempat pulak pagi tadi dok ikut kawan reward diri dengan wangi wangian...kebetulan stok perfume aku memang dah nak habis, jadi kita topup sesiap. 



Malam penutup weekend ni kita layan keropok lekor juga dari kawan merangkap jiran yang bagi. Alhamdulillah fresh dari kampung halamannya..terasa ikan memang padu padu. Orang dalam rumah ni pun memang hantu keropok. 



Ok itu jelah untuk kali ini. Sekecil-kecil nikmat disyukuri. Terima kasih yang selalu berkongsi rezeki, tak kiralah rezeki makanan ke, rezeki pertolongan, pendapat, masa dan tenaga. Hanya Allah je yang mampu balas. Terkadang kita lupa, benda yang kita anggap kecil itulah yang berharga. Maka jangan lupakan walau sekecil-kecil nikmat dan rezeki yang kita dapat. Ingat dari mana datangnya rezeki itu. Bersyukur kepada Allah. Belajar menghargai.


Semoga berjumpa lagi ye korang di entri se

terusnya...




No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.