Rahsia Kulit Sentiasa Lembap dan Terhidrat dengan Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Hydrating Plus Essence

 Hai semua..sedar tak sedar kita dah masuk ke tahun 2023.. dengan musim cuaca tak menentu ni kan, kejap sejuk kejap panas. 


Macam aku, bila cuaca sejuk kulit muka jadi kering. Musim panas pun bila on aircond pulak jadi makin kering kulit ni haa..Mesti ramai kan masalah macam aku. Rasa tak best tau.


Macam-macam cara juga aku cuba tapi masalah kulit kering ni masih berulang. 


Baru-baru ini aku tengok kat story sorang kawan IG ni dia share pasal satu produk yang dia guna katanya buat kulit dia kelihatan lembap dan lembut selalu. Tapi aku tengok pun kulit dia memang sentiasa moist je tak kiralah dia share gambar dalam keadaan apa pun. 


So aku try la beli produk macam dia guna juga. Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Hydrating Plus Essence. Begitulah namanya. Tudiaaa..bila ada tulis Korea kat situ, aku dah terbayang kot bole glowing macam artis Korea lepas ni kikiki..



Beberapa hari awalnya aku guna produk ni memang terus jatuh cinta tau. Macam yang aku selalu cakap kat entri sebelum ni, beli apa pun produk kosmetik atau skincare aku memang pentingkan tekstur sebab aku jenis cepat rasa rimas kalau benda tebal-tebal kat kulit ni lagi kat muka. Syukur sangat Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Hydrating Plus Essence ni tekstur nya jenis tak melekit dan cepat meresap kat kulit. 


Dan selepas berminggu mencuba, so yeahhh memang nampak perubahan. Kulit aku dah tak rasa kering tau. Best sangat lembap je bukan berminyak tau. Lagipun produk Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Hydrating Plus Essence ni mengandungi bahan aktif seperti Vitamin B5 & Asid Hyaluronik yang pekat tinggi yang membantu menambah penghidratan pada kulit yang kuat dan sifat pelembap yang kuat untuk mengekalkan kulit terhidrat dan melembapkan. Manakala kandungan Jeju Green Tea pula mampu menghidrat dan melembapkan kulit serta memberikan kulit yang kelihatan sihat.


Itu je ke kebaikan produk ini? Eh ada lagi ye gaisss..ni haa aku tambah lagi list manfaat Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Hydrating Plus Essence ⤵️


☘️42% Melegakan Kulit yang Merengsa


☘️72 jam kelembapan


☘️56% Membaiki Kulit Rosak


☘️3X Hidrat


Boleh tengok testimoni aku sendiri sebelum dan selepas menggunakan produk ni.



Haa best ke best? Korang jangan risau produk ini dah diuji secara dermatologi. Tak perlu ragu-ragu nak cuba. Yang penting sekali kena konsisten amalkan. Baru la kulit tampak sihat dan berseri. Gituuu..bertambah confident tau!


Tekstur yang ringan dan tidak melekit 


Mudah meresap sekaligus melembapkan kulit 


Jadi dah tak risau la lepas ni cuaca sejuk ke, duduk dalam aircond ke kulit dah tak kering dah. Ok apa korang tunggu lagi jom lah kite glowing sama-sama dapatkan Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Hydrating Plus Essence sekarang!


Facebook : Syahirah Malaysia

Instagram : Syahirah Malaysia









2 comments:

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.