Disinfeksi Permukaan Secara Profesional Melalui Rangkaian Clorox


Disinfeksi Permukaan Secara Profesional Melalui Rangkaian Clorox  

Mulakan hari anda dengan permukaan bersih untuk kekal bersih dan selama



Pandemik Covid-19 telah membuatkan kita lebih peka terhadap kehadiran serta jangkitan virus dan kuman. Ekoran varian Omicron yang mudah merebak berbanding varian-varian lain sebelum ini, seluruh dunia kini bertarung dalam menangani gelombang keempat pandemik tersebut. Di Malaysia, kes-kes yang melibatkan varian Omicron juga kian meningkat. 


Bagaimanakah kita dapat melindungi diri dan insan tersayang daripada jangkitan virus dan kuman, pada masa sama menjadikan ruang kediaman, kerja atau belajar satu zon bersih?

 

Pertama sekali, ketahui apakah elemen yang sedang anda depani. Covid-19 adalah satu virus pernafasan yang boleh tersebar menerusi titisan cecair daripada tubuh. Ini berlaku apabila penghidap virus berkenaan batuk, bersih atau menyentuh muka mereka dan seterusnya memegang suatu permukaan. Oleh itu, anda disarankan menggunakan disinfektan. Sebelum itu, pastikan anda sentiasa sentiasa mematuhi arahan pada label produk bagi penggunaan yang betul. 


Memperkenalkan rangkaian disinfeksi Clorox Expert yang membantu anda mendisinfeksi kediaman, tempat kerja, sekolah atau universiti secara profesional. Dihasilkan dengan komponen-komponen yang digunakan dalam rangkaian Clorox bagi kegunaan hospital dan perkhidmatan perubatan, rangkaian terbaharu, yang menerima pengiktirafan EPA, ini membunuh 99.9% virus dan bakteria dalam masa 1 minit. Ia juga dapat menyingkirkanvirus SARS-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19. Menberikan hasil profesional dan pembersihan yang rapi, Clorox Expert adalah pilihan terbaik untuk mengekalkan kebersihan ruang anda daripada kuman dan virus termasuk COVID-19. 


Clorox telah berada dalam bidang solusi pembersihan dan disinfektan sejak tahun 1913. Clorox Bleach merupakan jenama peluntur nombor satu di dunia dan  kemampuannya untuk membunuh 99.9% kuman telah dipercayai selama bergenerasi. Kenyataan ini telah dibuktikan menerusi data dengan produk-produk Clorox telah dicuba dan diuji oleh golongan profesional dan pengguna sebelum pandemik melanda.


“Varian Omicron amat mudah merebak, menjadikan disinfeksi permukaan keras dengan lebih kerap menjadi satu keutamaan. Pastikan anda selalu menyahjangkit permukaan yang kerap disentuh seperti kunci, tombol dan pemegang pintu, telefon, komputer riba dan meja, ruang dalaman kenderaan serta bungkusan dan penghantaran. Adalah lebih baik mengambil langkah berwaspada agar kekal selamat,” kata Paulo Lao, Pengarah Jualan dan Pemasaran Clorox Asia Tenggara. 


Beliau menambah, “Penyebaran varian Omicron bermakna kita berpotensi menjadi pembawa virus tersebut ke rumah dan menyebarnya kepada insan tersayang. Oleh itu, adalah amat penting untuk kita disinfek item-item yang sering disentuh bagi menjamin kebersihan, keselamatan dan ketenangan minda.”


Clorox ingin berkongsi beberapa tip bagaimana anda boleh menjaga ruang dan melindungi diri dan insan tersayang dalam menghadapi peningkatan kes Omicron: 


Memastikan Keselamatan Ruang Kerja, Sekolah dan Kolej 

Kolaborasi merupakan sebahagian besar daripada sesi penting di tempat kerja, sekolah ataupun kolej. Sungguhpun kita berhasrat untuk mengekalkan penjarakan fizikal, namun masih terdapat kemungkinan bahawa kita menyentuh item-item yang telah disentuh pihak lain. Tidak salah untuk menjadi ‘pembersih’ atau ‘clean freak’ dengan menyahjangkit ruang kerja atau belajar anda apabila anda tiba atau kembali ke ruang tersebut selepas waktu makan tengah hari. 


Buatkan Satu Pek Pencegahan 

Pastikan anda mempunyai item-item pencegahan jangkitan (seperti pelitup muka, topeng muka, pensanitasi tangan, sarung tangan pakai buang serta pengelap dan penyembur pembasmi kuman) di lokasi tumpuan kediaman, konsol pusat kereta, di tempat kerja atau meja belajar, mahupun di dalam beg tangan atau beg galas anda untuk kegunaan jika anda berada di luar. 




Membasmi Kuman Pada Peranti dan Barangan Bawaan Harian  

Item bawaan harian seperti beg tangan, beg galas, komputer riba dan telefon mudah alih berpotensi untuk terkena titisan cecair tubuh - daripada diri atau individu sekeliling anda. Setibanya di rumah, pastikan anda mengelap item-item ini dengan rapi. Gunakan Clorox Expert Disinfecting Wipes untuk memastikan item peribadi anda selamat dan mengelak anda dari menyebarkan virus secara tidak sengaja.




Disinfeksi Kenderaan Anda

Kita menghabiskan banyak masa dalam kenderaan dan pada kebiasaannya tanpa memakai pelitup muka. Gunakan Clorox Expert Disinfecting Spray untuk membasmi kuman pada permukaan keras pada kadar segera atau guna Clorox Expert Disinfecting Wipes untuk mengelap permukaan keras dengan lebih rapi. Jangan lupa untuk mengelap bahagian dalam dan luar lubang pendingin hawa dan pemegang pintu.


Singkir Kuman Melalui Semburan

Sebelum membawa masuk pembelian barangan keperluan atau bungkusan ke dalam rumah, sembur terlebih dahulu permukaan barangan tersebut. Letakkan Clorox Expert Disinfecting Spray di pintu masuk rumah untuk segera menyahjangkit item-item terlibat bagi menyingkirkan virus yang ada dan memastikan keselamatan diri dan insan tersayang terus terpelihara. 





Disinfeksi Permukaan Kerap Disentuh 

Susur tangan, suis lampu, pemegang dan tombol pintu adalah antara permukaan yang dipenuhi kuman. Seperti juga item-item yang sering dipegang dan sentuh seperti telefon, papan kekunci komputer dan alat kawalan jauh televisyen. Kami mengesyorkan Clorox Expert Disinfecting Wipes bagi membersihkan permukaan item-item ini kerana ia mampu membunuh 99.9% virus dan bakteria termasuk Covid-19 hanya dalam 15 saat9. Bersihkan permukaan ini dengan rapi sekurang-kurangnya sekali sehari. 


Jangan leka dan lalai dalam memastikan keselamatan. Ikuti tip-tip mudah ini bagi membantu anda kekal selamat dan sihat serta mampu bertahan dalam mendepani cabaran yang dibawa varian Omicron. 


Rangkaian Clorox Expert termasuk Clorox Expert Disinfecting Wipes dengan pek 15 dan 30 helaian kain pengelap; dan Clorox Expert Disinfecting Spray. Produk-produk Clorox boleh didapati di peruncit-peruncit terkemuka di seluruh negara. 


Dapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti dan perkara berkaitan pembersihan serta sebagainya di laman web Clorox Malaysia di https://www.cloroxmalaysia.com atau ikuti laman media sosia Clorox Malaysia di https://www.facebook.com/CloroxMalaysia/ dan https://www.instagram.com/cloroxmalaysia/




Mengenai The Clorox Company 

The Clorox Company (NYSE: CLX) adalah sebuah syarikat multinasional yang mengilang dan memasarkan produk-produk pengguna dan profesional dengan mempunyai kira-kira 8,800 tenaga kerja di seluruh dunia. Bagi tahun fiskal 2019, The Clorox Company mencatatkan jualan bersih bernilai $6.2 bilion. Clorox merupakan penandatangan Kompak Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Komitmen Global Ekonomi Plastik Baharu Yayasan Ellen MacArthur. Syarikat ini dikenali umum untuk usaha-usaha tanggungjawab korporat yang dilaksanakan, termasuk oleh Senarai 100 Warga Korporat Terbaik 2019 oleh CR Magazine; 100 Syarikat Paling Mampan 2020 oleh majalah Barron’s; Kempen Hak Asasi Manusia 2020 Indeks Kesamaan Korporat dan Indeks Kesamaan Gender 2019 Bloomberg. Bagi menyokong komuniti, The Clorox Company dan yayasannya menyumbang kira-kira $12 juta dalam bentuk bantuan tunai, sumbangan produk dan pemasaran kebajikan dalam tahun fiskal 2019. Untuk maklumat lanjut, layari  TheCloroxCompany.com, termasuk blog Good Growth, serta ikuti berita terkini syarikat menerusi laman Twitter @CloroxCo.




2 comments:

  1. Sama Sis, wet tissue Clorox memang buat lap phone dan handbag hehehehe

    ReplyDelete
  2. Thank you for sharing useful information with us. please keep sharing like this. And if you are searching a unique and Top University in India, Colleges discovery platform, which connects students or working professionals with Universities/colleges, at the same time offering information about colleges, courses, entrance exam details, admission notifications, scholarships, and all related topics. Please visit below links:



    MCA good for you is it really helping you to develop your future career?


    Top 10 Bachelors in Computer Application (BCA) Colleges Or Universities in India

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.