Cabaran Bila Bergambar Anak Beranak





Dulu kan sebelum ada anak, suka tengok gambar rakan-rakan sama ada di facebook atau instagram. Terutamanya gelagat mereka dengan anak masing-masing.

Selalu tengok betapa "struggle" nya walau nak dapat sekeping gambar yang cantik lagi-lagi bila si anak dah start meragam. Tapi pada pandangan aku comel je tengok lagi-lagi yang anak ramai berbagai gelagat. Seorang ke kiri, ke kanan, pandang ke lain, senget ke lain hahaha....



Dan aku pun merasainya bila si anak jejaka dah makin membesar ni hah. Baru seketoi anakku tapi nak dapat gambar elok mak aihhh.. Boleh nampak muka keterpaksaan si anak melayan si ayah ibu yang gemar ber selfie... Ehemm.. Lebih tepat lagi si ibunya yang gemar berselfie. Sebab ayahnya pun kadang mood "keterpaksaan" jugak. Now dah menurun kat anak ler hehehe..

Tapi macam yang aku cakap tadi bila tengok balik gambar-gambar yang pelbagai ragam ni rasa seronok pulak. Boleh jadi kenangan tersendiri bila anak dah dewasa nanti. Daripada plan nak upload satu gambar elok, last2 aku upload je semua hehehe...

Ok korang selamat berhujung minggu, selamat berselfie bersama keluarga. Jumpa lagi di entri yang lain..... ❤️❤️❤️


2 comments:

  1. Sama lah. Anak kadang moody terus taknak amek gambaq sekali 😥

    ReplyDelete
  2. kalau dah bertambah nanti kan lagi haru biru hahaha sorang senyum sorang tengok tmpt lain..

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.