Mewangi Lagi ~ Di Sebalik Parfum, EDP, EDT, EDC & Eau Fraiche



Hollaaaa laa laaa.. okey aritu aku dah share pasal note note dalam wangian..kali ni nak story lak pasal level atau peringkat-peringkat dalam wangian mengikut kepekatan masing-masing. Rasanya korang pun perasan bila beli perfume kat botol atau kotak tu ade tulis Eau Fraiche,EDC,EDT,EDP & Parfum.

Wangian terdapat pelbagai jenis peringkat mengikut kepekatan atau ketumpatan pati yang digunakan. Lagi pekat pati Perfume, lagi kurang kandungan alkohol yang digunakan.  Kebanyakan wangian dan alkohol memang berkait rapat tapi bukan alkohol yang memabukkan ye. Alkohol dalam wangian kategori nya lain tau. Ketahanan bauan atau aroma dalam wangian juga bergantung pada peringkat kepekatan pati dalam wangian tersebut. Okey jom kita baca sedikit huraian mengenai peringkat-peringkat dalam wangian. Kalau korang dah tau pun meh la teman aku baca..meh la..hehehe 😀😀

🌷Eau Fraiche🌷
Peringkat atau kepekatan terendah dalam wangian adalah Eau Fraiche atau ada juga yang panggil body splash atau body mist.. Di sinilah digunakan Eau Fraiche yang memiliki pati Perfume paling rendah hanya 3% dan paling kurang bertahan hanya satu jam.  Selalunya wangian seperti ini disemburkan pada tubuh badan selepas mandi dan sebagainya.Ala-ala fresh gitteww..

🌷Eau De Cologne 🌷
Eau De Cologne atau EDC merupakan wangian yang bertahan sehingga 2 jam dan merupakan wangian yang paling lemah.  Kalau korang perasan la EDC ni selalu digunakan pada wangian lelaki. Wangian ini pekat sedikit berbanding Eau Fraiche tadi dan EDC juga mempunyai bauan yang segar sesuai digunakan sebagai haruman selepas mandi.

🌷Eau De Toilette 🌷
Eau De Toilette atau EDT pula merupakan wangian yang lebih pekat sedikit patinya.  EDT ni mampu bertahan 2 - 4 jam dan terdapat banyak di pasaran. Kadar kepekatannya pula meliputi 5%-8%. Wangian jenis EDT bolehla aku klasifikasikan sebagai "aroma yang lebih soft" dan sesuai dipakai untuk pelbagai aktiviti.

🌷Eau De Parfum🌷
Eau De Parfume atau EDP mempunyai pati yang agak pekat juga meliputi sehingga 8%-16% dan wangian ini mampu bertahan sehingga 8jam. Aromanya tahan lama disebabkan oleh kandungan alkohol yang sedikit digunakan. Wangian EDP ini lebih sesuai digunakan pada waktu malam terutamanya bila korang menghadiri majlis-majlis formal dan sebagainya.

🌷Parfum (Pure Perfume) 🌷
Parfum adalah pati minyak wangi paling kuat dan asli tanpa campuran alkohol.Meliputi kepekatan sehingga 16%-30% , wangian jenis ini mampu bertahan sehingga 12jam tapi bergantung juga pada jenis kulit tau. Bauan dari Parfum ni bukan sahaja melekat di badan tetapi boleh dihidu dari jarak jauh. Kiranya bila korang pakai wangian dari jenis Parfum ni ianya mampu membuatkan korang menyebarkan aura wangian di sana sini 😍😍..

🌷🌷🌷Wangian mampu meningkatkan keyakinan dan aura yang positif dalam diri..So, jomlah kita berwangi-wangian sentiasa.. 🌷🌷🌷



No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.