Episod Romantis "Ralph Lauren Romance"

Haiii...korang rindu iza tak dah lama tak celoteh??hihi..okey kali ni aku nak cerita pasal ermmm.. 😮😮
nape tetibe blog aku ni rasa wangi je ea..pastu fefeeling romantik gittew..😇😍

Okey just nak cerita pasal wangian kegemaran aku dan mungkin jadi wangian kegemaran korang jugak..kat sini ada beberapa rangkaian haruman "Ralph Lauren Romance" yang aku nak kongsikan.. 
 Okey gambar kat atas ni adalah wangian pertama "Ralph Lauren Romance" first sekali aku guna yang ni terus jatuh cinta tak hingat da.. "Ralph Lauren Romance" dicipta oleh Harry Fremont pada tahun 1998..Gabungan rose, citrus, teratai, white violet, nilam, oakmoss,  halia,spicy notes daripada warna merah jambu dan kasturi putih melengkapkan aroma cinta romantis dalam wangian ini dan membangkitkan detik detik intim penuh dengan kegembiraan dan kebahagian dengan aura positif tanpa henti.

Okey next "Ralph Lauren Midnight Romance" yang ni aku mampu dapat sample je tapi bau dia memang mengancam beb & tahan lama pulak tu..ni baru sample kalau yang satu botol camne la kan maunya aroma dia tertinggal di sana sini bila korang pakai perfume ni..😍
 Sesuai dengan quote di atas yang menggambarkan wangian ini adalah versi romantis yang seksi dan penuh cabaran bagi diri seorang wanita..malah haruman ini juga digelarkan sebagai "older sister" menunjukkan rasa kematangan dan elegan seorang wanita bagi si pemakai.

"Ralph Lauren Midnight Romance" dicipta oleh Honorine Blanc dan Alberto Morillas pada tahun 2014. Perfume ini dikeluarkan juga berikutan kejayaan haruman rangkaian "Ralph Lauren Romance" sebelum ni iaitu (Romance Always Yours, Romance Be Mine, Romance Eau Fraiche, Romance Summer Blossom, Romance Tender Notes and Summer Romance).

Aura haruman ini dibangkitkan melalui gabungan rapsberri, italian bergamot, dan juicy litchi sebagai komposisi utama. Aroma wangian menggoda ini juga dihangatkan lagi dengan gabungan dari peony, melati putih, freesia, black vanilla, ambroxan dan iris.

Okey last ni "Ralph Lauren Tender Romance" salah satu kegemaran aku jugak..perfume yang berasaskan "Oriental Floral" ni dilancarkan pada tahun 2016 oleh Honorine Blanc. Top notes wangian ini dibangkitkan melalui haruman bergamot,halia dan pir sementara middle notes pula daripada white ginger lily, magnolia putih dan melur..base notes wangian ini pula dilengkapkan dengan aroma kayu kasmir, benzoin dan kasturi. Baunya jugak agak "heavy" berbanding sebelum ni tapi masih mengekalkan aroma yg lembut, manis dan romantik..


Juga terdapat mandian gel dan losyen pelembab badan dari "Ralph Lauren Tender Romance" yang membangkitkan aura haruman yang berpanjangan pada kulit.

Jadi apelagi jomla jadi sebahagian daripada episod romantis wangian "Ralph Lauren Romance"..Walaupun banyak modal sikit tapi berbaloi untuk meningkatkan keterampilan dan keyakinan diri korang..yang belum ada idea nak cari barang hantaran ke, hadiah anniversary pun boleh jadikan rangkaian haruman "Ralph Lauren Romance" sebagai hadiah buat yang tersayang.. 😘😘











9 comments:

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.