My Playlist #5
https://open.spotify.com/track/7aLQoD4MWkYQjZuTQKuT9Y?si=BJK_XtLhS9OzTlB1VFtYjA
Dalam playlist English song aku kat Spotify banyak je lagu Christina Aguilera. Tapi tiber rasa nak story pasal lagu yang diambil dari album beliau Back To Basics (2006) iaitu Save Me From Myself. Macam kena pulak dengan jiwa aku time ni. Lagu ni tak famous sangat pun compared to her big hits macam Beautiful or Fighter, tapi vibe dia lain macam. Very raw, very honest. Kadang tu aku rasa macam lagu ni whisper kat hati sendiri—slow, penuh makna, dan tenang.
Bila dengar lirik dia, aku rasa macam sedang duduk sorang-sorang sambil fikir balik pasal semua benda yang pernah buat aku almost give up. Tapi dalam struggle tu, ada satu harapan kecil yang buat aku terus bertahan. That’s what this song feels like. It's about how someone—atau dalam kes aku, diri sendiri pun boleh jadi penyelamat—datang dalam hidup kita waktu kita paling vulnerable. Christina nyanyi dengan penuh emosi, tak over, tapi cukup untuk buat hati rasa heavy. Deep gila.
Kadang-kadang lagu tak perlu beat yang padu atau high note melambung untuk buat kita rasa 'terpukul'. Save Me From Myself ni simple je, tapi penuh dengan soul. Lagu ni macam peluk lembut waktu hati tengah serabut. So yeah, dalam banyak-banyak lagu dalam playlist aku, yang ni selalu aku repeat bila hati tengah down tapi tak tahu nak luah macam mana. Ada healing vibes dia yang susah nak explain,, Korang kena dengar sendiri baru faham.
Part rangkap lirik paling aku suka dari awal lagu lagi…
It's not so easy lovin' me
It gets so complicated
All the things you gotta be
Everything's changin'
But you're the truth
I'm amazed by all your patience
Everything I put you through
Rangkap ni bagi aku sangat honest. Macam satu pengakuan jujur dari hati yang tahu diri dia bukan senang untuk disayangi. Kadang-kadang dalam hidup ni, kita sendiri pun tahu kita ni penuh kekurangan, mood swing, overthink, semua ada. Tapi bila ada orang yang still stay walaupun kita complicated, itu bukan biasa-biasa. Alhamdulillah dan bersyukur. Ayat "I'm amazed by all your patience" tu macam satu tamparan lembut. Like, wow,,, ada juga orang sanggup faham aku walaupun aku sendiri pun belum habis faham diri sendiri. Kuikuikui,,,
Lirik ni tak over, tapi penuh layers. It speaks to those moments bila kita sedar kita bukan pasangan yang ‘mudah’. Tapi dalam susah tu, still ada orang yang anggap kita worth it. Lagu ni buat aku reflect—kalau ada orang yang sanggup lalu semua fasa dengan kita, jangan take them for granted. Sometimes, kita bukan perlukan grand gesture pun. Cukup dengan kehadiran yang ikhlas dan kesabaran yang tak bersyarat.
Post a Comment