Alhamdulillah... Pagi Yang Tenang
Pagi yang tenang di hujung minggu ini terasa begitu bermakna. Jom duduk sejenak merenung betapa besarnya nikmat yang Allah masih pinjamkan. Masih diberi nyawa, masih dikurniakan kesihatan yang baik, dua nikmat besar yang membuka ruang untuk aku moga terus dapat memperbaiki diri dan memperbanyakkan amal ibadah.
Alhamdulillah, tadi dapat juga bangun bersahur untuk berpuasa di Hari Asyura—10 Muharram
Jom kita sama-sama perbanyakkan amalan baik. Ringankan lidah dengan istighfar dan zikir, berselawat, lembutkan hati dengan bacaan al-Quran, panjangkan tangan untuk bersedekah, dan jangan lupa untuk berdoa meminta yang baik-baik buat diri kita, keluarga dan saudara seislam kita yang lain. Biar kata-kata yang keluar dari mulut kita pun menjadi pahala, selalu lah berkata perkara yang baik dan berusaha menyebar kebaikan.
Adakalanya, nikmat paling besar bukan datang dalam bentuk harta atau pujian. Tapi cukup hati yang lapang, kita sedar bahawa Allah masih beri peluang untuk menjadi hamba-Nya yang lebih baik dari semalam.
Alhamdulillah..dekat Selayang pun cerah je nie
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteAlhamdulillah Allah masih bagi nikmat bernafas.
ReplyDeleteKan. Syukur selalu
DeleteTerima kasih perkongsiannya.
ReplyDeleteSelamat berhujung minggu.
Terima kasih juga sudi singgah
Delete