Fokus Diri, Berhenti Membandingkan

 



Pernah tak jumpa orang yang hidup dia nampak biasa je, lowkey, simple, tapi aura dia… tenang. Dia tak sibuk nak tahu hal orang, tak kecoh nak compare ke apa. Kadang senyum dia pun dah buat kita rasa selesa. Chill je vibe dia.


Sebenarnya, hati yang tenang tu bukan sebab hidup dia perfect. Tapi sebab dia dah sampai satu level, dia tahu mana yang worth energy, dan mana yang tak payah layan pun tak apa. Dia pilih untuk jaga inner peace dia.


Orang yang tenang tak akan buang masa nak compare life dia dengan orang lain. Dia tahu each person ada journey masing-masing. Ada masa kita slow, ada masa kita laju. Tapi yang penting, kita still move forward. Not just standing there looking at other people’s lanes.


Aku suka tengok orang share benda yang dia minat. Aku pun share apa yang aku suka. Lain orang, lain taste. Lain cara dia celebrate happiness. Alhamdulillah circle aku kecil, tapi penuh support. Tak kedekut nak bagi ucapan tahniah walaupun benda simple. Small wins pun deserve to be celebrated.


Baru-baru ni aku terbaca satu Thread menarik. Dia cerita pasal diri dia yang pernah jadi toxic dalam kalangan rakan sekerja. Rare kan orang boleh admit macam tu? Katanya dia top performer dekat tempat kerja, selalu diraikan, dapat tahniah bagai. Tapi… bila orang lain lagi yang nampak biasa-biasa je dapat something, dia mula rasa tak senang. Dalam hati, dia fikir, “Eh biasa je dia tu.” " Ha… that’s not peace, that’s ego. Jangan jadi joykiller babe. 

Dah berjaya pun masih insecure. That’s a sign hati tak tenang. Chill, ada masa kita lebih berjaya, ada masa mungkin orang lain ke depan dulu. Mana ada manusia sempurna. Hanya Allah tahu apa yang kita perlu dan terbaik untuk kita. 



Sebenarnya kadangkala kita pun maybe pernah rasa benda tu. Mungkin aku sendiri pun. Bila tengok kejayaan orang lain, kita struggle nak rasa happy for them. Padahal, orang yang betul-betul tenang, tak insecure dengan orang lain, sebab dia tahu, rezeki masing-masing.


Dia share kt threads sebab orang yang rapat dengannya pun macam tak membantu bila dia meluah mengenai sikapnya tu. Ada yang nasihat lebih menambah bara contohnya: 


“U lagi bagus dari dia.”

“Dia takkan boleh beat U.”

“Jaga emosi U, jangan tengok dia post apa.”



Haihh aku macam confuse..setahu aku kita nasihat orang jauhkan diri kalau orang tu toxic ke narcissistic ke kan. Ni ada pulak nasihat jangan tengok kelebihan orang untuk jaga emosi sendiri. That kind of advice, walaupun nampak caring, sebenarnya agak selfish. Sebab dia tak bantu kau grow, dia cuma bantu kau lari dari kenyataan. Apa pun aku tetap respect sebab dia cepat sedar. Berani untuk berubah dan mengaku kekhilafan. Tak semua orang ada keberanian nak mengaku diri sendiri pernah jadi joykiller. 


Hakikatnya, kita semua tengah belajar. Belajar untuk redha. Belajar untuk syukur. Aku sendiri masih struggle nak kawal emosi kadang-kadang. Tapi satu benda aku percaya rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Bila kita belajar untuk tumpang rasa gembira dengan rezeki orang lain, hati kita sendiri akan rasa lapang. Automatically, hidup rasa tenang. Mudah kan?



2 comments:

  1. Tu la manusia kan macam2 peel. Kita ni tak suka banding2kan apa2. Hidup kita & hidup orang tak sama. Tengok orang bahagia kita tumpang bahagia kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Cie. Bahagia cara kita. Yakin semua dah ada rezeki yang ditetapkan.

      Delete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.